| Piagam Pelanggan |
|
Kami Warga Fakulti Sains Sosial UNIMAS berusaha sedaya upaya untuk memberi sumbangan yang berkualiti secara berterusan: Menawarkan program akademik yang bermutu sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan; Melatih modal insan yang kompeten untuk pembangunan negara; Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan mencukupi; Menjalan dan mempromosikan penyelidikan yang berkualiti; Mengekalkan pengiktirafan global dalam mengukur tahap pencapaian penyelidikan; Menggunakan teknologi sebagai alternatif penting dalam menyalurkan maklumat secara meluas; Menyumbang khidmat kepakaran dan perundingan berkualiti sebagai pemangkin kepada pembangunan komuniti dan negara; |