Keputusan Penilaian Semester 2 Sesi 2011/2012 & Antarsesi 2011/2012

1. Keputusan penilaian selepas diluluskan oleh SENAT boleh disemak mulai

Tarikh: 30 Julai 2012

2. Semakan boleh dibuat dilaman sesawang Web UNIMAS melalui url ePelajar >> https://estudent2.unimas.my/ePelajar/.

3. Slip Keputusan Penilaian Semester 2 Sesi 2011/2012 asal boleh dituntut saudara/saudari dalam minggu perkuliahan bermula pada 10 September 2012 di Fakulti masing-masing.

4. Hebahan Keputusan Sementara Antarsesi 2011/2012

Tarikh: 23 Ogos 2012 (Khamis) hingga 29 Ogos 2012 (Rabu)

Semakan boleh dibuat dilaman sesawang Web UNIMAS melalui e-Pelajar dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Cara menggunakan sistem SMS ialah:

Taip: unimas result [NoMatrik][KataLaluan] Hantar ke 15888


5.
Proses Rayuan Menyemak Semula Keputusan

Tarikh: 23 Ogos 2012 (Khamis) hingga 29 Ogos 2012 (Rabu)

(sepanjang tempoh keputusan sementara dikeluarkan)

Rayuan untuk menyemak semula keputusan penilaian sesuatu kursus hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti/Pusat yang menawarkan kursus berkenaan selepas keputusan sementara dikeluarkan oleh pihak Fakulti/Pusat dengan mengemukakan Borang Rayuan Semak Semula Gred Kursus [BPPs-14 (Pindaan 01/10) Berkuatkuasa 1 September 2011] beserta resit bayaran/wang pos/bank-in slip sebanyak RM30.00 (tidak akan dikembalikan) per kursus dibayar di atas nama Bendahari UNIMAS . Setiap keputusan yang dibuat berpandukan kaedah ini adalah muktamad dan tiada rayuan akan dilayan selepas pengesahan Senat.

Borang Borang Rayuan Semak Semula Gred Kursus [BPPs-14 (Pindaan 01/10) Berkuatkuasa 1 September 2011] boleh diperolehi dalam laman sesawang www.unimas.my atau www.bpps.unimas.my (Klik>Download>Academic Form). Sebarang kelewatan permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak akan dilayan.


6. Keputusan penilaian selepas diluluskan oleh SENAT boleh disemak mulai 25 September 2012 (Selasa).