| History |
|
Faculty of Social Sciences started its operation on 5th August 1993 at Room 529 of the Administration Building of Telekom Training School in Semariang, Kuching, Sarawak. On 2nd October 1993, the faculty moved to UNIMAS temporary campus in Kota Samarahan. Faculty of Social Sciences was one of the first two faculties to offer undergraduate academic programmes when UNIMAS started operation during the academic session of 1993/1994. At that time, the programmes of studies offered by the faculty were International Relation, Industrial and Labour Relations, Social Work, Communication Studies, Development Planning andManagement, and Politics and Government. All these programmes were applied in nature in which graduates were equipped with both theory and practice to enable them to compete in the labour market. Staffed by only nine academic members, a total of 78 students were enrolled in the first batch on 9-10 August 1993. In the 1994/1995 academic session, a total of 78 students were offered to study in the faculty. However, the lack of facilities in UNIMAS temporary campus at Kota Samarahan had limited the student enrolments to 63 in 1995/1996 and 56 in 1996/1997. Nonetheless, in 1997/1998, the total number of student enrolments had reached to 270; and the number of academics increased to 17 In the 1997/98 academic session, about 70 new students were enrolled in the faculty. At that time, teaching and learning infrastructures were much better, and the faculty was able to increase its new student intakes by two folds, as compared to previous academic sessions, to 191 in 1998/1999 academic year, bringing to a total number of students enrolled in the faculty to 368 by the end of 1998. As of semester 2 of 2009/2010 academic session, the total number of active students enrolled in the faculty was 634. To date, Faculty of Social Sciences had conferred a total of 2,247 graduates in Bachelor of Social Sciences degrees and 74 graduates in Masters degrees. The breakdown of the faculty’s graduates by degrees from the first to fifteenth convocation are shown in the following table:-
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Sains Sosial mula beroperasi dari Bilik 520, Bangunan Pentadbiran, Sekolah Latihan Telekom, di Semariang, Kuching, Sarawak pada 5hb Ogos 1993. Pada 2hb Oktober 1993, Fakulti ini telah berpindah ke kampus sementara UNIMAS di Kota Samarahan. Fakulti Sains Sosial merupakan salah satu daripada dua fakulti yang mula menawarkan program-program pengajian prasiswazah sewaktu UNIMAS mula beroperasi pada sesi akademik 1993/1994. Program-program akademik yang ditawarkan oleh Fakulti terdiri daripada program Kajian Antarabangsa, Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan, Kajian Khidmat Sosial, Kajian Komunikasi, Perancangan dan Pengurusan Pembangunan dan Kajian Politik dan Pemerintahan. Setiap program pengajian ini bersifat gunaan dimana graduannya dilengkapkan dengan teori dan amali bagi membolehkan mereka bersaing dalam pasaran buruh. Berbekalkan dengan sembilan (9) orang tenaga pengajar, seramai 78 orang pelajar telah diambil dan didaftarkan sebagai pelajar-pelajar kumpulan pertama pada 9 Ogos 1993.
Pada sesi akademik 1994/1995, Fakulti telah mengambil seramai 78 orang pelajar kumpulan kedua. Disebabkan kemudahan-kemudahan infrastruktur pengajaran yang serba kekurangan di kampus sementara Unimas di Kota Samarahan, pengambilan pelajar dikurangkan kepada 63 orang pada sesi akademik 1995/1996 dan 56 pelajar pada sesi akademik 1996/1997. Pada sesi akademik 1996/1997 jumlah pelajar berdaftar telah mencapai 270 orang dengan jumlah tenaga pengajar seramai 17 orang.
Untuk sesi akademik 1997/1998 pula, seramai 70 orang pelajar telah mendaftar di Fakulti. Dengan prasarana pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi, selesa dan persekitaran yang kondusif, Fakulti berkeyakinan dan berkemampuan menambah bilangan pelajar kepada 191, bagi sesi akademik 1998/1999. Bilangan ini melebihi dua kali ganda daripada ambilan-ambilan sebelum ini. Selaras dengan pertambahan ini, Fakulti mempunyai seramai 368 orang pelajar yang berdaftar sehingga akhir tahun 1998. Sehingga semester 2 sesi 2008/2009, seramai 618 pelajar telah mendaftar sebagai pelajar aktif. Hari ini, Fakulti Sains Sosial telah mengeluarkan seramai 2,247 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dan 74 graduan Ijazah Sarjana. Pecahan yang telah bergraduat mulai Konvokesyen pertama hingga kelimabelas adalah seperti berikut:-
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||